Suatu
petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun,
membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan
tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapa tok?"
Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang-nimang senapangnya. Kemudian
datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga.
Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu-cucu aku
jadi pemburu," tiba-tiba datuk bersuara. Dia duduk di anjung rumah
kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan
mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau
selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang
cakapnya, terutamanya dari anak-anak cucunya sendiri. Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang
kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik dengan kegemaran
memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya.
Orang-orang kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu
yang ada isi, kalau tidak masakan ia berani masuk ke dalam hutan yang
tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak sebarangan
pada binatang-binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening
diantara kedua-dua kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke
hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu. Kedua belah tumitnya
tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu
datuk berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang
berada di bawah ketiak kanannya. Dilemparkanya sebelah kiri. Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard
atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan alasan mahu menjaga
tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian
dari serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhin oleh
Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan DO serta penghulu dan ketua
kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam
tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. Sebelum
itu datuk hanya berburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya
berburu dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak perkara-perkara
aneh yang datuk lalui sepanjang kariernya. Dan saya antara cucu yang
selalu mendengar cerita-cerita datuk itu, kerana saya selalu
menolongnya mencangkul di kebun, kadang-kadang menjadi temannya ke
surau. Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya
yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Saya tahu apa
kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia pemurah dan suka mendengar orang
mengaji Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit,
saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh lagi masuk saku saya.
Pernah datuk bercerita pada saya: "Suatu ketika datuk dan
kawan-kawannya masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan
Segari berhampiran denga Pantai Remis. Kawasan itu tidak pernah
dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan-kawannya berjaya menembak
beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari
datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan
teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan mengambil tempat di
sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncung senapang pada kepala rusa.
Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa
itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan
datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa merendahkan badannya kemudian
menyelinap di depan datuk dan terus hilang. Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk
bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia mencari kesan jejak rusa
itu. Diperhatikannya ke arah mana tapak rusa itu lari. Dia mencium
daun-daun kering yang terdapat di situ. Akhirnya, datuk merapatkan
telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata kesan rusa itu sukar
diperolehinya. Waktu datuk berpusing-pusing di situ. Seekor rusa lain
mjncul di depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa
yang pertama tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikan menentang mata datuk
yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan
terus melepaskan tembakan. Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai
kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih
rusa. Golok ditayangkan di depan matanya. Datuk membaca sesuatu dan
menghentakkan ulu golok ke tanah. Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera
bangun. Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor rusa. Serentak
dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang
baik akan terjadi. Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan
tembakan. Kena pada salah seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan
bangun kembali menjadi tiga ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian yang
lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya manusia lemah
semangat, kalau tidak masakan dia berani meninggalkan kampung
halamannya di Aceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di
kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu-talu. Rusa terus menjadi
tiga,empat,lima,enam dan tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring. Daun-daun hutang di keliling datuk bergerak-gerak
bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa
sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging
pangkal lehernya bergerak-gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini
mesti dihadapi dengan cara lain. Dia teringat pesanan arwah neneknya
dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging pangkal
leher bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh
jadi penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian. Datuk letakkan
senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin
sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin
datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin
penunggu hutan itu. Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi
dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di
depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut
panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan
kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin
yang sama hebat dengannya. "Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk diam bertafakur. "Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu
. Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun
menutup lubang-lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang
dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang
menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk. "Tidak," jawab datuk dengan berani. "Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku." "Aku sudah meminta kebenaran." "Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak. "Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak
memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia
sudah bersedia menghadapi semuanya. "Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak. sumber dari google
Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal membaca al-Quran
di kampung itu. Datuk tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk
memberikan pada orang mengaji tapi datuk tidak memberikannya sendiri
melainkan melalui saya.